Tuesday, December 01, 2009
kenapa sembunyi?
Selama 2 minggu lebih di Malaysia, tak banyak yang berlaku dalam hidup. Tak berapa nak ada kemajuan. Aku ada gi satu interview but for banking laaa not engineering. Memang tak minat, but for the experience sake, aku gi laa. Sbb dah lama tak intebiu dalam english, so its time to polish up my bahas inggeris laa kan..Bila dia tanya pasal bab2 banking, mmg sgt tergagap dan tatau nak jawap apa. sbb nya kurang preparation. yer laa.. malam b4 tuh leh lepak2 smua, tido kol 4 pagi woke up at 7...ish2...not a good attitude, i know.. I got another one on this upcoming Monday, this time mmg enginnering field, so kindda excited and sgt2 bersemangat untuk nail the interview, hopefully......
Aku nak cerita tentang apa yg berlaku dalam kehidupan semenjak dua menjak ini.
Aku pelik dengan segelintir perangai manusia. Aku selalu tertipu. Kadang2 kita tak leh jangka apa dalam hati manusia, apa yang akan berlaku seterusnya dan seterusnya. Aku tak faham kenapa perlu lari dan sembunyi, atas alasan apa?? Adakah sbb rasa diri bagus, atau hipokrit besar! Aku tertanya2, apa salah aku, apa yang aku buat, ada salah cakap kah? ada apa2 yang berlaku di belakang aku yang aku tak tahu kah? Setahu aku, aku tak penah over the limit. Tak pernah cakap apa2 yang membuatkan mereka tak selesa or whutsoever.. Pelik... Aku slalu terfikir tentang perangai manusia begini. Aku jadi marah dan kecewa..... Aku cerita pada teman baikku, aku sedih, sbb aku tak penah jangkakan begini, dan aku rasa malu seperti hina dan buruk sgt jer diri ni, smp dijauhi dan dihindari tanpa alasan dan sebab....seperti tiada harga dan nilai langsung semua nya selama ni...terpinga2 aku dibuatnya. Tapi aku bilang diri sendiri, mungkin mereka masih belum matang untuk berfikir dengan baik, atau mungkin mereka punya alasan tersendiri yang hanya mereka yang tahu... Biar kan mereka. Biar masa yang menentukan... Cuma pesan aku, jadilah org yang ikhlas dan jujur. Jaga lah hati org2 yang selalu menjaga hati....
Sunday, November 15, 2009
im back for good
Di Frankfurt my fend bet i will cry or at least berair2 laa mata, spt slalu happend to kawan2 yg dia hantar b4 this. But i say i wont. Tak mungkin aku kata.
Di Ravensburg train station, kawan2 hantar. Ada yg muka sedih, but aku biasa2 aja..Aku bilang kawan aku, aku sedih but i wont show n cry. I love hiding my feeling.. I love keeping it to myself.
Tapi kat blakang... haha. Hanya aku yg tau. :P
First perasaan sampai KLIA : sugul tapi syukur..
First impression bila sampai KLIA was: Ohhhhhh ramainya org2 luar (i dunno, from india ke bangladesh ker..tapi yg penting from side2 sana laa.. n indonesian). Dorg cam baru sampai gak kot. Tak kesah laaa tu. cume tetiba rs kurang secure..Pekerja2 pon ramai orang2 luar. 2nd impression was: Ohhh panas!! 3rd: Toilet was not dry...4th: senang nya nak solat. Haha..
1st thought: Ohhh im soo missing germany n frends... 2nd: Im not gonna say "hallo" or "danke,tschüs" and "euro"
My parent dah tunngu kat luar. Syukur dan happy ketemu mereka. Trus meluncur pulang ke JB, singgah sarapan di Seremban. Sepanjang perjalanan, mcm2 aku fikirkan and i conclude them this way, "Its impossible that i could go back to the life i lived before......"
Dah 4 hari di Malaysia. But aku tak mau jumpa sapa2. Number phone pun aku tak share dengan sapa2 di Malaysia. Aku malas. Masih tak punya mood untuk entertain frends n catching up with them. I just need time... Ohh mungkin ada ckp aku terlalu sensitif or "poyo". But tak kesah laaa...Mungkin ada yg tak faham apa aku rasa. Tanya aja mereka2 yg rasa apa aku rasa....
T care!!
Monday, November 09, 2009
Khas untuk "kamu"..
Pls walk away of my life. Tak perlu menjadi baik atau terlintas untuk bertanya kabar dengan email atau ym atau apa saja. Jika teringat tentang aku, matikan ingatan itu serta merta. Jika rasa bersalah, matikan rasa bersalah kamu pada aku, kerana seharusnya kamu perlu lebih rasa bersalah pada diri kamu dan keluarga serta teman2 sekeliling. Kalau rasa ingin tahu atau concern, matikan rasa itu juga, kerana kehidupan kita tiada sangkutan. Bukan sebab aku masih tak dpt maafkan. Bukan juga sebab aku benci. Dan bukan juga aku dendam dan emosi. Tapi hidup aku lebih bermakna dan lebih baik tanpa kamu. Hidup aku lebih tenang lebih waras dan lebih gembira tanpa kamu. Aku lebih menghargai kehidupan dan kasih sayang teman2 sekeliling serta yang paling penting, diri sendiri. Cukuplah. Sebab aku tau, kejujuran itu adalah perkara terakhir yg akan singgah dalam hati kamu, keikhlasan adalah perkara yang paling susah melekat dalam jiwa kamu, nafsu amarah serta tingkah laku buruk adalah peneman setia kamu dan kata2 masih terus menjadi permainan seharian kamu... Tanpa kamu sedari.
Jadi, aku tak mahu semua itu menghantui aku kembali. Aku mahu tenang spt biasa.
Buat masa ini seperti sebelum ni, aku tak mahu ada kamu, aku tak mahu lihat kamu, tak mahu dengar kamu, tak mahu cakap sama kamu. Kita bukannya teman, bukannya kawan, dan bukan juga seteru. Cuma aku adalah aku, kamu adalah kamu, yang tidak punya apa2 tali penghubung antara keduanya.
Melainkan satu hari aku diberi petunjuk dan dilembutkan hati.....MAAF.
Tuesday, November 03, 2009
perihal makan
Monday, November 02, 2009
ohhhh hatii...
Monday, October 26, 2009
Perihal Mata
Woke up early. Mata makin membengkak!!! Aku sedih laa kalau sakit :( Nak pergi doctor. But aku ada masalah ngan health insurance aku. Di germany if takder health insurance tak leh gi doctor ya.
Masalah health insurance aku is that, aku bukan student lagi. So aku nyer insurance sepatutnya dah bertukar status. Tapi aku baru aja pergi setelkan smua last week and skang neh im waiting for the new health insurance card laa. Minggu neh sampai laa kot. But thanks God, aku called pejabat health insurance n xplained n cakap aku sgt2 perlu ke doktor sekarang juga. Urgent. Ohh seb baik dia kata aku boleh pakai kad lama but she has to update something on my database or whatsoever dulu.
Ohhh....sejam kot tunggu nak jumpe doc, hurmm. tapelah sbb doctor itu sangat lah baikk...teramat2 sangat baik nye.. Dia prescribe kt aku 2 ubat mata, eye ointment and eye drop. Tapi dia kata kalau nak save, beli eye ointment aja sbb eye ointment tuh boleh jer titis dalam mata. But aku nak recover cepat kot Aku ckp so better aku amik dua2. hu hu hu.
Balik2 trus letak ubat. Lepak2. Then tidor jap, bangun2 tgk mata, mengharapkan better sedikit, tapi cam SAMA JE!!! HURMM......Cepatlah sembuh oh mata ku sayang..... :( :(
Janji sama mata lepas neh nak jaga mata baik2. Ngeh ngeh ngeh :p :p
Sekian.
Sunday, October 25, 2009
whereabout of my item?? shit!
Last2 dorg cakap mmg barang tuh hilang dalam perjalanan. Tak dpt di kesan. OK FINE, sbb dia cakap dia hantar baru, ganti yg baru.. Ok aku tunggu lagi.
The 2nd one was shipped on the 7th October thru Express Mail. And leh follow up the shipment thru id yg dia bagi. Aku checked, dah sampai german kuar dari kastam on the 14th October kot, but sampai skang 25th Oct barang tak sampai2 lagi....Mana tak aku bengang, dah aaa dah nak balik Mysia nih. 2 bulan kot aku tunggu... hermm.. Sangat menyakitkan hati, seriously.
Its my mom's present anyway. Itu yg buat aku lagi naik darah..hurmm...
sabar..sabar..
Hadiah UPSR
Ayah kata dulu masa UPSR aku dapat full A. Aku sangat gembira. Seronok sgt balik sekolah terus aku lari2 bagitau emak yang aku dapat 4A. Aku masih ingat lagi.
Kemudian ayah pulang dari kerja. Aku terus bilang ayah aku dpt 4A. Aku begitu excited dan happy sgt. Ayah tgk aja slip aku sambil cakap "bagus" lalu pergi begitu sahaja. Aku bingung. Tapi ketika itu aku masih kecil, aku tak fikir kan sangat. Yang penting aku sangat gembira dan lega, akhirnya apa yang aku idam2kan menjadi kenyataan.
Ayah terus keluar, tak kata apa pun pada aku. Tak apa. Aku tak ingat apa perasaan aku ketika itu. Mungkin aku bingung dan pasti sedikit sebanyak "terasa" juga. Tapi aku diam aja.
Malam ayah pulang lagi. Ayah bawa bersama rotan besar. Ayah panggil aku. Aku takut dan bingung. Apa salah aku, apa yang sudah aku lakukan. Kenapa ayah bawa rotan dan panggil aku.Tapi aku turutkan aja, dalam hati aku bedebar2 dan tertanya2.
Ayah pandang aku. Ayah tanya dengan serius, tadi cakap UPSR dapat berapa. Aku terketar2, Aku bilang 4A, sambil tertunduk.
Ayah ambil rotan besar, ayah tunjuk pada aku. Ayah suruh tadah tangan, ayah angkat rotan tinggi2, seperti mahu memukul aku. Aku diam dan ikut perintah. Aku sedih dan hampir menangis. Sebelum rotan itu singgah ke tangan aku, ayah cepat2 campak rotan itu jauh2. Ayah terus peluk aku belai aku. Ayah ucap tahniah dan cium aku banyak kali. Aku terkejut. Ayah kata ayah tak ada benda nak diberi hadiah. Cuma itu sahaja yang mampu ayah "hadiah"kan pada aku. Hadiah yang sgt bererti bagi aku..Aku terharu.
Bila ayah cerita balik, baru aku teringat kisah itu. Baru sekarang aku faham... Peristiwa itu tak mungkin aku lupakan. Kasih seorang ayah....
**watak dirahsiakan :p
Wednesday, October 21, 2009
Nota kecil

Membelek2 dan mengemas2 terjumpa sekeping nota. Nota 3 tahun lepas. "Things need to be done in Germany". Masa tu berada di Malaysia, sem 4. Memori tuu.
Hahah... kalau korg tak tau, aku neh *cough2*sentimental sket*cough2* Small things could make me happy sgt and small things juga leh buat aku down or sedih :) ): Mabbe esp kalau ada PMS kot. ho ho ho.
Hey2...Oi2.. guys pon ada PMS yer. Tak caya??? Gi google gi :)
Tapi pasal nota catitan neh aku pun konpius. Samada aku happy atau sedih. Ohh sistem emosi malam ini tak dpt berfungsi dengan baik. Need rest, main Wii kot "top spin" td sampai rasa cam tangan kanan nk mengembang dan bertukar menjadi incredible hulk. Sekian.
Tuesday, October 20, 2009
I need a miracle :)
Raya pun dah abis. See, aku tak langsung wish or cerita2 raya kat blog aku as usual tiap2 tahun aku buat. Aduiii.. Tapi apa2 pon i had a splendid raya ever with frends here!! Gonna miss all that :(
Aku sekarang dalam transition state. Dari seorang pelajar ke dunia pekerjaan. InsyaAllah bulan depan akan pulang ke Malaysia for good dan mencuba nasib memulakan hidup sebagai seorang yang berkerjaya.
Macam2 perasaan ada. Bercampor aduk. Seriously 2 3 minggu nih banyak sgt yg difikir. Tentang urusan2 mau pulang, dan yang paling penting tentang masa depan, tentang kehidupan sebagai pelajar di Germany yang akan ditinggalkan, senang ke nak dapat kerja ngan situasi ekonomi skang nih, where to settle down, KL or JB?, n bla bla bla.... Tape lah rezeki di mana2 dan Allah telah tetapkan. Hanya berdoa untuk yang terbaik :) Entah kat mana laa nt ek aku akan jejakkan kaki lepas ni..hermm?? Mana tau i come back to Europe :p
Owh my life is about to begin... I wish for a miracle, a good start. And all i need right now is determination. Pray for me!
These are 3 pieces from Raya Celebration :)
Thursday, August 27, 2009
packing..packing..packing..

Monday, August 24, 2009
Endlich bin ich wieder da...
having a cup of capucinno brownies and a laptop is just so cool. hihi.. (tak pasal2)
Inilah dia kekusutan yang sempat dirakam (sempat..) ha.ha.ha. last 3 weeks was disastrous. Tidur tunggang langgang, makan pun sama. Nasib baik tak sakit. Tapi sekarang leh menarik nafas lega sedikit, sebab thesis dah dihantar. Alhamdulillah. Cuma agak cuak juga sedikit sbb prof masih belum baca lagi thesis aku. katanya minggu ini baru dia ada masa nak tengok n bagi grade. So everything is not so sure lagi. Mana tau ada benda2 yang mendatang, thats why aku tanak suka2 happy2 sgt. he he he.
Taraaa~ Diplomarbeit (Thesis) - Konzeption und Erstellung eines Sandwich Verbindungskataloges
* Selamat menyambut dan menghayati bulan mulia Ramadhan al Mubarak :)
Monday, July 27, 2009
Kesal
Kenapa begitu sekali?
Sebab aku sgt marah dengan diri sendiri. Aku kesal. Sekarang baru nak tersedar.
Tuhan tolong lah hamba Mu menempuhi jalan2 terakhir seorang pelajar. Amin...
Thursday, July 16, 2009
Remp-It V3 diharamkan?
Aku pun tak tahu filem apa tuh, tapi yang penting filem tentang mat rempit dan perlumbaan haram.
Jika aku seorang pegarah atau produser filem aku akan sedih kecewa..
Jika aku seorang yang pemikir aku akan gembira dan puas..
Tapi kedua2nya aku bukan.
Aku hanya seorang pelajar.
Tapi seorang pelajar juga mampu ber"fikir"
Wednesday, July 08, 2009
EXAM


All the best to those having exam skang neh. Semalam lepak jap bilik member, terasa gelombang2 stress dan tension di segenap ruang bilik yg kecil dan terasa gelombang2 ilmu begitu kuat dan meresap seluruh badan. hahah. merepek. but I like, baru nampak cam very student life dalam drama2 komersial melayu. Huh..
Monday, June 29, 2009
MESSY.....
Bilik sangat tunggang langgang dan aku sengaja tak mau kemas
Baju berlonggokan dalam laundry basket
Buku bersepah sepahan atas meja
Kertas2 pen pensel berterabur sana sini
Makanan pun bersepah2 atas meja
Baju seluar tersangkut merata2
Katil memang tak pernah clear
Beg beg tercampak sana sini.
Kasut pon ada dalam bilik nih!
Botol2 air sangat melambak2
Pinggan cawan tisu atas meja
Sunglass gelang spec iron baju smua sepah2 kat mana2
Bakul sampah sgt penuh dengan sampah!
Baju tak tersusun dalam wardrobe
Karpet berhabuk!
Bestnya bersepah2 neh! Sukaaaaa sangat2!!!!
Sekian terima kasih! Huhhhhh......
Wednesday, June 24, 2009
aku di tag.....
1. Apakah hubungan awak dan dia?
kawan
2. 5 impression terhadap dia
byk ckp, over sensitif, happy, moody, friendly
3. Perkara yang paling memorable yang dia lakukan kat awak
erkk..ada ker? ada2 dia n ana dtg bilik on my birthday bagi prezzie yg cute! haha
4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak?
aku macho cool hot baik hati penyayang understanding.....semuanya laa! tapi semuanya tak ikhlas! hohoho :p
5. Kalau dia kekasih awak..
uishhhh! uish3.....tidak2. abis kalau dua2 tak henti nak ckp, kalau dua2 tiba2 moody ari yg sama..dua2 sensitifff..hahaha..tak sesuai tak sesuai...
6. Kalau dia jadi musuh awak.
musuh gedik2.
7. Kalau dia kekasih awak. awak akan:
buli habis2an... baru dia tau sapa aku..wakaka. sure tiap ari bermuram durja je. wakaka
8. Kalau dia jadi musuh awak... mungkin kerana:
mungkin kerana terpaksa..waaa! (apa niiiiiiiiiiieeee tak abis2 musuh2)
9. Overall impression tentang dia:
too much worry bout things yg tak perlu difikirkan sgt. too much worry bout others feeling. nice to see nice to frend with if u know how to tackle her. kan kan kan?
10. The most desirable thing to do to her/him:
get her a bf then cpt2 kawen dpt anak, lps tuh dah takder nak feeling2 lonely sedih2 or emo2, emosi terganggu or apa2 lah! hehehe :p
11. Apakah awak rasa tentang pandangan orang terhadap awak?
judgemental, poyo, easy to speak to, good listener?, happy :)
12. The character of you for yourself?
senang percaya org, senang ditipu org, sensitif, direct?, tak akan makan kawan, kuat fikir.
13. On contrary, the character you hate about you
susah nak get started with something, too much thinking like seriously! banyak sgt angan2! dendam tapi pemaaf, tak akan duduk diam jika aku dianiaya ditipu dizalimi atau apa saja. i will ruin that person's life like sampai aku rasa cukup bersalah.
14. The most ideal person you want to be with:
myself.
malas nak tag org. sapa nak buat, silakan.. hahaha
Wednesday, June 10, 2009
Manusia bukan manusia
Jika benarlahhh seperti apa dilaporkan......
Manusia itu bersifat binatang. Tak sangka dalam ketemadunan manusia yang rata2nya berfikiran waras dan bermaruah, masih ada segelinitir yang perangainya seperti bukan manusia.
Mereka bangga mereka hebat, mereka bongkak mereka mungkin berharta, tapi mereka juga lupa bahawa mereka adalah manusia!! Manusia yang lupa untuk menjadi manusia!
Aku marah dan bengang dengan sikap mereka. Tergamak mereka berlaku zalim dan kejam terhadap manusia lain yang lemah daripada mereka. Di mana letaknya sifat perikemanusiaan dan menghormati orang lain atau sekurang2 nya belas kasihan?? Kerana dia lemah, kerana dia kurang pelajaran, kerana dia amah, kerana dia dari seberang, kerana dia muslim atau kerana dia tak pandai bekerja, "lampi" atau apa saja....tak satu pun alasann tadi yang membenarkan dan menghalalkan perilaku zalim seperti itu.
Nak cakap pasal agama pasal Tuhan, tak perlu lah. Sebab manusia2 seperti itu terang2 tak tahu dan tak amik tahu pasal agama/Tuhan!
Kalau aku punya kuasa, aku tak akan lepaskan org2 sebegitu....Orang yang tiada hati dan perasaan selayaknya hidup bukan bersama kelompok manusia lain!
Saturday, June 06, 2009
snippet
- Minggu lepas ada Rentap (sport tournament) antara student2 malaysia di germany. 3 hari. Aku main volley n bowling. Volley kalah like tertiarap, tapi bowling team dpt 2nd place, walaupun aku contribute the least. hahah. But dpt gak laa medal at least buat kenangan biler abis studi nanti. :)
- Standard laaa, di mana2 ada saja kekurangan dalam menguruskan sesuatu event. Tapi tak mengapalah. Tak perlu diulas rasanya, kerana ada juga positive points drpd event ari tuh. Thanks organizer. And Rentap Abend was for me nice...walaupun some performances meleret2..haha...tape2, kalu tak suke just tutup telinga, tutup mata. hahaha :p but credit laa to those performers yg ada keberanian n kesungguhan! clap2. dorg laaa so wieso made the nite kan!
- i have been observing ppl throughout the event. seriously ramai giler tak kenal..tapi ada someone yg buat aku teringat kat somebody. Hermm...
- Best dpt catch up with frends yg lama tak jumper. hermm..this was the last chance kot lps neh cam dah susah. yer laaaa biler lagi kan?
- At least event2 cmneh aku dpt release a bit stress and dpt melupakan seketika apa yg berserabut di kepala. yang penting dpt lari dari bilik sndiri, n internet..hahah...internet is the evil of everything. seyes!
- Balik2 umah berserabut balik...aiyaaa! i need holiday again! :p hehe
Thursday, May 28, 2009
Cuaca yang sedih
Mulanya sangat panas. Terik.
Aku berjalan sebentar di Ravensburg, cuba mencari ketenangan dengan melihat gelagat manusia.
Tiba2 cuaca bertukar dengan drastik.
Awan mendung, langit gelap.
Tiba2 hujan turun sangat lebat
Angin bertiup sangat kuat
Habis dahan2 pokok tumbang
Basikal, tong sampah dsb di jalanan terbang dek ribut
Orang kedai mula menyelamatkan barangan di kaki lima
Aku kaget.
Aku berlindung di bus stop
Sementara menanti bas aku tiba
Tiba2 angin datang sekali ganda lajunya
Dan kali ini bukan lagi bersama hujan biasa
Tapi bersama hujan batu yang sgt2 lebat
Ais batu besar2 saiz kerikil
Sungguh menakutkan
Semua orang berlindung di bawah bus stop atau di dalam kedai
Tak berani siapa pun berada di luar
Kerana hujan batu yang dahsyat
Dan ribut yang kuat
Aku menggigil kesejukan
Walaupun aku berlindung di perhentian bas
Namun aku basah kuyup dek angin yg menerbangkan hujan
Badanku mengelak2 ais batu yang turun dengan lajunya
Aku sampai berdoa agar tiada yang buruk berlaku
Sebelah ku sekumpulan gadis2 muda belasan tahun
Mereka boleh ketawa dan menjerit2
Bukan menjerit kerana apa pun
Cuma mungkin xcited atau mengada2
Menjerit tiap kali badannya terkena percikan air hujan
Menjerit tiap kali angin kuat memukul mereka
Memekik tiap kali mereka berlari2 dari satu perhentian ke perhentian lain
Memekik kerana mereka rasa seronok memekik
Ganjil sungguh
Cuaca begini seharusnya dikhuatiri
Bukan untuk dipekik pekikkan
Atau dipermainkan
Bodoh!
Walaupun cuaca seburuk itu, bas tetap tiba pada waktunya.
Aku segera menaiki bas, dan memanaskan diri.
Sepanjang perjalanan
Penuh ais, memutihi kiri kanan jalan
Aku terus pulang, mandi air panas, dan berehat
Kemudian aku terfikir,
Begitu sekali cuaca mampu berubah drastiknya
Begitu sekali cuaca bertukar sekelip mata
Panas hujan ribut taufan tak mampu diduga
Inikan pula mereka yang bernama manusia
Yang sgt kerdil dibandingkan bumi langit dan alam semesta...
Monday, May 25, 2009
Kotak lutsinar..
Yang tak bisa dibuka.
Sempit dan merimaskan.
Aku tak mampu lolos.
Hati dan emosi aku terperangkap dalam kotak kecil itu.
Semua yang aku buat, semuanya kembali ke aku.
Dalam kotak kecil itu.
Aku tak mampu terima segala dari luar.
Apatah lagi menghulurkan keluar.
Aku hanya mampu melihat dunia luar.
Tapi aku tak mampu keluar.
Mungkin aku bisa keluar.
Bila kotak itu meletup dan terbakar.
Tapi pada masa itu..
Segalanya tidak berguna..
Kerna aku pasti sama terbakar....
AKU PERNAH.....
Aku pernah kecewa. Aku pernah dimungkiri.
Aku pernah terseksa. Aku pernah dibohongi.
Aku pernah diabaikan. Aku pernah dilupai.
Aku pernah.....
Tapi aku sabar dan tabah.
Aku terus melangkah.
Aku lantas memaafkan.
Walaupun hati masih berdarah.
Kerana itu lah yang terbaik.
Kepada temanku,
Aku tak pernah berdendam.
Aku cuma tersilap langkah, bila emosi menyelubungi diri.
Aku gembira bila kau gembira.
Sekurang2nya kau dpt apa yang kau mahukan.
Cuma aku ralat dan kecewa
Bila kau tak rasa apa aku rasa
Bila kau tak risau apa aku risau
Bila kau tak sedar apa yang aku sedar
Bila kau tak kasihan bagaimana aku kasihan
Hidup bukan semata2 untuk cinta manusia
Cinta adalah untuk hidup
Cinta mampu memperbaiki hidup
Kejar lah cinta
Jika cinta itu mampu menyempurnakan hidupmu
Kalau cinta tak mampu beri itu
Kalau cinta buat kamu lupa
Kalau cinta buat kamu alpa
Kalau cinta buat kamu hilang arah
Kalau cinta tak mampu membina hidup
Hindari cinta...
Fikirlah dengan akal dan rasional
Orang lain tak dpt mengubah nasib kita
Melainkan diri kita sendiri
Berbuat baik lah pada manusia
Hargai orang yang menyayangi kita
Family dan kawan2
Jadikan peristiwa lalu pengajaran
Jauhkan diri daripada keburukan
Dekati kebaikan
Kurangkan kehidupan yang melalaikan
Barulah kita akan merasai
Betapa indahnya kehidupan...
Aku bukan sapa2
Aku hanya mampu berbicara
Memberi semangat dan nasihat
Yang baik dijadikan pedoman
Yang buruk jangan dipakai...
Dedikasi ikhlas kepada temanku...
Wednesday, May 13, 2009
Mat rempit
Tapi sebodoh2 mat rempit bodoh lagi pembuat filem rempit atau yang seangkatan dengannya! (skang neh filem "bohsia" pulak!)
Kononnya, memberi kesedaran melalui filem.
Har har har..
Kelakar sungguh.
Cakap dengan yakin, tapi sbnrnya hafal skrip
Dia lah HERO menyedarkan mat2 rempit!
Padahal....
Har har har
Tak fikir ker.
Kebaikan tuh hanya 20%
Keburukan tuh 80%
Buruk dan baik tak pernah jalan selari ye
Kalau filem mampu menginsafkan manusia,
Dah lama ramai yang insaf
Dah lama gejala rempit berkurangan
Cuba fikir
Yang dah koma berbulan2,
Masih terus merempit selepas sedar
Yang nampak kawan patah tengkuk patah kaki
Masih tak mampu melembutkan hati mereka
Yang menyaksikan mmber mati depan mata
Masih lagi galak merempit
Sang hati Kering
Sang hati keras.
Ini pula filem yang berdurasi 1 jam setengah
yang tak tahu mana hala tujunye
yang hanya satu lakonan plastik
yang tujuan untuk komersial,
di canang2 mampu memberi kesedarannn??
Har har har...Kelakar lah manusia!!!!!
(emosi lps bc banyak sgt berita tentang rempit, nak emo ngan dorg baik tak yah sbb tak ada guna, baik emo ngan orang yang waras dan elok serba serbi, tapi tak boleh berfikir malah mengeksploitasikan dan mengkomersialkan gejala neh!)
Thursday, May 07, 2009
Ingratitude
Wednesday, May 06, 2009
German vs Englisch
Aku datang bersama laptop dan buku. Aku cuba connect to WLAN. Berkali2 cuba, tak berhasil. Aku pandang sekeliling, mencari siapa yang akan jadi mangsa aku. Aku nampak 2 orang german di hadapan aku sedang berdiskusi sambil melayari internet. Aku dah jumpa orangnya.
Lantas aku terus ke meja mereka, aku cakap:
"Entschuldigung, darf ich vielleicht kurz stören. Ich wollte mit dem Internet verbinden, aber das geht bei mir nicht. Kannst du vielleicht mir zeigen, wie macht man das?"
Ayat yang simple tapi aku rasa betul walaupun mungkin agak skema??
Lantas mereka terus menjawap:
"Do you have access (password n all) to the Wlan?"
Aku bawa mereka ke meja aku. Mereka tunjukkan bagaimana caranya. Sepanjang di hadapan komputer aku, mereka bercakap english, bukannya german.. Yang peliknya, aku secara spontan bertutur german walaupun mereka bertutur english.
Lepas mereka beredar dan selepas berterima kasih aku terus terfikir..
"Adakah german aku makin teruk atau university nih sbnrnya semakin international?"
Monday, May 04, 2009
Tahniah

*** Sebanyak mana anda fikirkan dan sayangkan seseorang, sebanyak itu juga ia bakal melupakan dan menyakitkan anda.
Saturday, May 02, 2009
Sunday, April 26, 2009
Manusia gila
Huhh..
Aku terjumpa video Archuleta nih masa search di YouTube. Aku mmg suka suara dia, sejak dia dalam American Idol musim lepas. He came to Malaysia, for i donno mabbe promoting his album.
The thing is, I hate watching those attitude of kids.
Manusia boleh buat manusia lain gila. Manusia yang pelik. Pelik kerana mengagungkan manusia lain sebegitu hebat, padahal dia manusia juga, sama memiliki apa yang manusia lain ada. Apa lebihnyaa?? Huhhh....
Meminati tidak salah, menyukai juga tidak salah.
Yang salah bila ianya melebih lebih, menjadi taksub dan gila.
Saturday, April 25, 2009
Motivasi





CELA
Sentiasa rasa diri hebat dan betul.
Orang lain salah dan teruk.
Huhhh..
Orang lain takkan menjaga hati kita
Sepertimana kita menjaga hati mereka
Kadangkala orang lain tak pernah perasan
Perilaku dan sifat mereka menjengkelkan
Hingga kehadiran mereka merimaskan
Jadi salah siapa?
Kadangkala..
mereka ingat mereka betul,
padahal banyak juga salahnya.
mereka lah paling tahu etika,
padahal tak kurang pun jeleknya.
mereka lah yang paling bagus peribadinya,
padahal sama juga teruknya.
Mereka lah yang banyak menegur sini sana,
padahal sebanyak itu juga egonya.
Ohhh..
Jenis manusia ini popular orangnya
Merata orang bercakap tentangnya
Sayangnya banyak yg buruk dari baiknya
Huhh..
Manusia, manusia..
Cela orang sentiasa nampak
Cela sendiri tak pernah tahu
Huhh..
Kasihannnn....

